TERMA PERKHIDMATAN · 8 SEPTEMBER 2026
Terma penggunaan HANTAR.
HANTAR menyediakan API untuk bisnes menghantar notifikasi WhatsApp melalui WhatsApp Business Platform rasmi Meta.
Tanggungjawab bisnes
Pemegang akaun mesti menggunakan nombor WhatsApp yang dimiliki atau dibenarkan untuk digunakan, mematuhi polisi Meta, dan mendapatkan persetujuan penerima sebelum menghantar mesej. API tidak boleh digunakan untuk spam, penipuan atau kandungan yang menyalahi undang-undang.
Penghantaran mesej
Penghantaran bergantung pada kelulusan template, status akaun dan sistem Meta. HANTAR merekod status yang diterima daripada Meta tetapi tidak menjamin mesej sampai kepada setiap penerima.
Akses dan penamatan
Akses boleh digantung atau ditamatkan jika penggunaan melanggar terma, polisi Meta atau undang-undang yang berkuat kuasa.
Hubungi kami
Untuk pertanyaan berkaitan perkhidmatan, hubungi hantarapp@gmail.com.