Langkau ke kandungan

WHATSAPP UNTUK BISNES YANG SIBUK

Biar mesej
buat kerja.

Pesanan masuk, kempen berjalan, pelanggan membalas. Urus semuanya dalam satu ruang kerja—supaya anda boleh fokus pada bisnes.

Demo tanpa login WhatsApp API rasmi

Akses melalui jemputan. Onboarding bisnes luar tertakluk kepada kelulusan Meta.

Kurang ulang kerja.
Lebih masa berniaga.
Ruang kerja anda · Contoh
Pesanan baharu diterima

#HT1048 · Aina

Disahkan

Hai Aina 👋 Pesanan anda telah disahkan. Terima kasih!

Status mesej dalam satu tempat
Jom, cuba sendiri
Notifikasi pesananKempen berjadualInbox pelangganAPI & integrasi

KENALI RUANG KERJA ANDA

Banyak kerja.
Satu tempat.

Dari mesej pertama hingga balasan pelanggan. Inilah alat yang membantu komunikasi bisnes anda lebih tersusun.

01

Nombor bisnes sendiri

Urus nombor penghantar dan status sambungan WhatsApp Business dalam ruang kerja anda.

02

Prospek lebih tersusun

Simpan kontak, import CSV, kumpulkan dengan tag dan rekod persetujuan pelanggan.

03

Kempen ikut masa anda

Sediakan draf, pilih template dan kumpulan penerima, kemudian jadualkan penghantaran.

04

Balasan dalam satu inbox

Baca mesej pelanggan dan balas perbualan yang layak melalui dashboard.

05

Template sedia digunakan

Urus template mesej teks dan semak status kelulusannya sebelum digunakan.

06

Website terus berhubung

Hantar event pesanan melalui API. Semak rekod mesej dan perubahan status penghantaran.

07

Sambung melalui QR

Pautkan WhatsApp sebagai device untuk kegunaan harian, auto-reply dan automesej.

08

AI & automasi

Bina jawapan automatik, knowledge base dan follow-up yang bergerak mengikut aturan anda.

09

Blast yang terkawal

Pilih segmen, jadualkan kempen dan pantau setiap mesej tanpa hilang jejak.

PLAYGROUND HANTAR.APP

Jangan bayang saja.
Cuba tekan sendiri.

Pilih situasi, ubah butiran dan jalankan simulasi. Tengok bagaimana mesej sampai ke paparan pelanggan.

DEMO INTERAKTIF

Pesanan dah masuk. Update pun jalan.

Sambungkan event pesanan daripada website. Pelanggan menerima maklumat pesanan melalui template WhatsApp yang diluluskan.

Pelanggan pesanan Contoh template teks

Simulasi sahaja. Tiada WhatsApp sebenar dihantar dan butiran tidak disimpan.

K
Kedai AndaPratonton pelanggan
CONTOH MESEJ

Hai Aina 👋 Tentang pesanan #HT1048: Pesanan anda telah disahkan. Kami akan maklumkan apabila ia sedia. Terima kasih kerana membeli dengan kami!

10:42
Taip mesej…
Paparan ilustrasi, bukan aplikasi WhatsApp sebenar.
1Pesanan disahkanMenunggu simulasi
2Mesej dihantarMenunggu simulasi
3Mesej diterimaMenunggu simulasi
4Balasan masukMenunggu simulasi

UNTUK HARI YANG PENUH

Anda berniaga.
Mesej ikut aturan.

Tak perlu susun semua kerja komunikasi dalam kepala. Bina aliran yang boleh diulang dan semak apa yang berlaku selepas mesej dihantar.

Terokai contoh penggunaan

KIRA KERJA BERULANG ANDA

Berapa lama habis
untuk mesej satu-satu?

Gerakkan slider dan lihat anggaran masa menaip serta menghantar mesej secara manual.

Anggaran kerja manual, bukan jaminan penjimatan masa. Penyediaan template, semakan dan balasan tetap mengambil masa.

6.3 jamanggaran kerja manual sebulan

MULA DENGAN ALIRAN YANG JELAS

Dari nombor bisnes
ke mesej pelanggan.

01

Semak & dapatkan akses

Beritahu kami kegunaan bisnes anda. Kami semak akses, nombor dan keperluan integrasi.

02

Sambung & sediakan

Lengkapkan sambungan Meta yang tersedia, sediakan template dan susun kontak yang memberi persetujuan.

03

Hantar & pantau

Jalankan kempen atau event website. Semak status dan urus balasan dalam ruang kerja.

WEBSITE ANDA + HANTAR.APP

Pesanan dari website.
Update di WhatsApp.

Sambungkan event pesanan dengan API dan webhook. Gunakan nombor bisnes serta template yang sesuai untuk memaklumkan pelanggan.

Buka ruang kerja

Integrasi website sendiri memerlukan persediaan teknikal. Penyambung siap pasang platform e-dagang belum tersedia.

Website andaPesanan disahkan
Proses event & template
WhatsApp pelangganStatus kembali ke dashboard

PELAN HANTAR.APP

Pilih cara anda
nak hantar.

Langganan platform jelas. Untuk Official API, Meta mencaj penggunaan mesej terus kepada akaun bisnes anda.

QR DEVICE

RM39 / bulan

Untuk bisnes yang mahu mula cepat dengan sambungan QR seperti Linked Device.

  • Sambung WhatsApp melalui QR
  • Blast dan kempen berjadual
  • Inbox, kontak dan tag
  • Auto-reply & automesej
Minta akses QR Tiada caj mesej Meta dalam mod QR. Tertakluk kepada polisi WhatsApp.
01

OFFICIAL API · RM79/bulan

Sambungan Meta rasmi, template, blast berskala, webhook dan status delivered/read. Caj penggunaan Meta dibayar terus oleh anda.

02

GROWTH · RM149/bulan

Semua fungsi API + AI chatbot, knowledge base, drip campaign dan analitik lebih lengkap. Kos AI dipantau ikut penggunaan.

03

Caj Meta

Marketing, utility dan authentication mempunyai kadar berbeza mengikut negara serta kategori. Hantar.App tidak menambah markup.

Tanya pasukan Hantar.App

SEBELUM ANDA MULA

Ada soalan?
Kita jelaskan.

Masih perlukan bantuan untuk nombor atau aliran bisnes anda?

Tanya pasukan Hantar.App
Apa sebenarnya Hantar.App?

Hantar.App ialah ruang kerja untuk komunikasi pelanggan melalui WhatsApp Business Platform rasmi Meta. Urus nombor, prospek, template, kempen, inbox, balasan kata kunci dan notifikasi daripada website.

Demo ini akan hantar WhatsApp sebenar?

Tidak. Demo berjalan dalam pelayar sahaja menggunakan maklumat contoh. Ia tidak menyambungkan nombor, menyimpan kontak atau menghantar mesej sebenar.

Boleh terus daftar dan guna sekarang?

Akses kini melalui jemputan. Hubungi kami untuk semakan kesesuaian bisnes, nombor dan pelan. Onboarding kepada bisnes luar masih tertakluk kepada konfigurasi serta kelulusan Meta.

Sambung nombor dengan scan QR sahaja?

Hantar.App menyediakan dua aliran: QR Device untuk memautkan WhatsApp seperti Linked Device, dan Official Meta API untuk sambungan rasmi. Pilih aliran yang sesuai dengan skala dan keperluan bisnes anda.

Boleh buat blast dan automesej?

Boleh. Pilih kontak atau tag, gunakan mesej atau template yang sesuai, jadualkan kempen dan semak status penghantaran. Auto-reply boleh dicetuskan oleh keyword atau event yang anda tetapkan.

AI chatbot tersedia untuk semua pelan?

AI chatbot dan knowledge base dirancang sebagai fungsi pelan Growth. Penggunaan AI akan dipantau berasingan kerana kos AI bergantung pada jumlah perbualan.

Ada caj lain selain langganan?

Kos platform dan caj penggunaan WhatsApp perlu dinilai berasingan. Caj Meta bergantung pada kategori mesej, negara penerima dan kadar semasa. Harga serta kuota pelan Hantar.App akan disahkan sebelum anda melanggan.

Boleh hantar promosi kepada semua nombor?

Kempen ditujukan kepada pelanggan yang memberi persetujuan. Gunakan template yang diluluskan dan hormati pilihan berhenti melanggan. API rasmi tetap tertakluk kepada polisi, kualiti akaun dan had Meta.

Adakah semua mesej pasti sampai?

Tidak semestinya. Status boleh menjadi dihantar, diterima, dibaca atau gagal. Ketersediaan penerima, kualiti nombor, template dan polisi Meta boleh mempengaruhi penghantaran. Dashboard membantu anda menyemak status yang diterima.

Boleh sambung Shopify atau WooCommerce?

Integrasi semasa menggunakan API dan webhook daripada website sendiri. Penyambung siap pasang untuk platform tertentu belum ditawarkan. Kami boleh semak aliran pesanan anda untuk menentukan kerja integrasi yang diperlukan.

RUANG UNTUK BISNES ANDA BERGERAK

Kerja banyak?
Biar mesej bantu.